ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, pemandu Alza berjaya diselamatkan

Berita Tempatan

Views

Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 3.4 arah Perai menghala ke pulau berjaya diselamatkan nelayan pantai petang semalam.

K! ONLINE melaporkan, mangsa lelaki berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam laut sebelum diserahkan kepada pasukan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 3.45 petang.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot Penggalang 12 bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat, namun terlebih dahulu diselamatkan nelayan.

Mangsa seorang lelaki dipercayai dari Gelugor sebelum itu telah meninggalkan kenderaan Perodua Alza beserta barangan peribadinya di atas jambatan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Dia kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada pasukan ambulans Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Tambah Abd. Razak, maklumat terakhir yang diterima daripada pihak hospital, mangsa kini berada dalam proses rawatan dan dalam keadaan stabil.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply