ARKIB

KATEGORI

Buletin

MOSTI lancar inisiatif kenderaan swapandu, NAVi

Berita Tempatan

Views

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba semalam melancarkan Inisiatif Kenderaan Autonomi NanoMalaysia (NAVi), kenderaan swapandu sebagai persediaan membangunkan teknologi berkaitan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Menurut Berita Harian, beliau juga merasmikan demonstrasi Robot Penghantaran Berautonomi NanoMalaysia atau ‘NAVi Delivery’ (NAVi-D) yang direka khusus untuk sektor penghantaran jarak akhir atau ‘last mile delivery‘. NAVi-D adalah evolusi daripada NAVi yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan dan produk makanan.

Pembangunan kenderaan autonomi tahap 4 adalah inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensi NanoMalaysia Berhad (NMB), menumpukan pada sektor pengangkutan, manakala NAVi-D akan dilengkapi sistem yang memenuhi keperluan sektor penghantaran jarak akhir.

Dalam satu kenyataan, MOSTI menjelaskan, teknologi teras NAVi-D berasaskan seni bina perisian NAVi yang dipertingkatkan untuk penggunaan yang khusus berkenaan. NAVi dicipta sebagai persediaan untuk sektor pengangkutan dan automotif Malaysia memasuki era sistem autonomi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Selain menyokong inovasi dan penerimagunaan IR 4.0, ia juga untuk menangani kadar dan punca kemalangan jalan raya di negara ini yang semakin meningkat seperti laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Jelas MOSTI, kenderaan yang mencapai autonomi tahap 4 mampu untuk bertindak balas dengan cekap dalam menangani gangguan tumpuan dan tindak balas pemandu yang terhad dan dengan kelebihan itu, insiden yang tidak diingini boleh dielakkan.

MOSTI juga akan menganjurkan projek pemula di bawah ‘National Technology and Innovation Sandbox’ (NTIS) sebagai usaha untuk meningkatkan standard keselamatan jalan raya dengan menjalankan beberapa siri ujian tertumpu kepada kawasan dan ruang selamat.

Dr Adham berkata, pandemik COVID-19 telah menyaksikan dunia berubah melangkah ke era pendigitalan dan dari situ, timbul permintaan yang tinggi untuk mengurangkan sentuhan dalam berinteraksi serta selaras dengan inisiatif ‘high tech, low touch‘ yang diterajui MOSTI.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Katanya, salah satu kesan limpahan perkembangan industri ini ialah peningkatan permintaan untuk pekerjaan berkaitan teknologi seperti pembangun perisian dan perkakasan, selain jurutera mekatronik yang diperlukan bagi membina NAVi selaras dengan aspirasi rangka kerja 10-10 MySTIE untuk membangunkan modal insan bernilai tinggi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NMB, Dr Rezal Khairi Ahmad, berkata sektor pengangkutan penumpang akan menjadi matlamat jangka sederhana hingga panjang bagi semua pihak dan penggunaan NAVi secara komersial bagi sektor itu adalah usaha yang bijak.

Katanya, NAVi akan mewujudkan sistem penghantaran yang lancar dengan kadar kemalangan minimum akibat kesilapan manusia, menjimatkan masa serta penghantaran yang lebih baik dan cekap.

NAVi kini sedang menjalani fasa ujian di Taman Teknologi Malaysia (TPM) di Bukit Jalil dengan laluan sepanjang 12 kilometer dalam Fasa 1 hingga 3 TPM dijadual menjadi laluan yang diluluskan untuk AV di bawah rangka kerja makmal amali Hab Inovasi Antarabangsa TPM.

Bagi menyokong pembangunan penyelesaian AV pada masa akan datang, infrastruktur seperti tanda jalan, papan tanda, pusat arahan pusat dan sambungan 5G kini sedang dibina. TPM akan menjadi tapak utama kemudahan ujian untuk teknologi kenderaan autonomi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply