ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jelajah Malaysia mulakan kayuhan dari Ibu Pejabat UMW Toyota Motor

Views

Edisi ke-53 siri jelajah perlumbaan basikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia telah mulakan kayuhan dari Ibu Pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam semalam. 18 pasukan berentap dalam merebut kejuaraan dalam perlumbaan yang berlangsung selama lima hari dengan lima peringkat yang kompetitif merentasi tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah.

Acara pelepasan disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Berbasikal Nasional Malaysia, YBhg Datuk Abu Samah Abdul Wahab, Exco Negeri Selangor, YB Amiruddin Shari dan Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd, En. Akio Takeyama. Turut hadir dalam acara tersebut adalah Encik Noraidiazhar Sulaiman, CEO Jelajah Malaysia dan En. Ravindran K., Persiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.

Dalam ucapannya En. Ravindran K. mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi penghormatan kepada UMW Toyota Motor untuk menjadi penaja kenderaan rasmi dan mereka akan terus komited terhadap pembangunan aktiviti luar yang sihat. Beriadah dengan berbasikal amat popular di kalangan pengurusan dan kakitangan UMW Toyota Motor. Kelab Berbasikal Toyota kini mempunyai seramai 300 ahli yang aktif dalam menyertai acara berbasikal di seluruh negara. Selain itu juga, kelab ini turut membantu dalam menyebarkan mesej berkenaan dengan keselamatan jalan raya dan keperluan untuk berkongsi jalan raya dengan berhemah.

Tahun ini, Jelajah Malaysia akan berlangsung dari 3 hingga 7 Oktober 2017 dan menjelajah sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan berakhir di Alor Setar. Acara tersebut menampilkan 108 pelumba basikal dari dalam dan luar negara dari 18 pasukan yang akan bersaing dalam lima peringkat. Malaysia diwakili oleh sembilan pasukan untuk edisi kali ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply