ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jerayawara smart Tour Brand Roadshow di Bangsar Shopping Centre dari 31 Julai – 4 Ogos

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia menambah satu lagi lokasi baru untuk siri jerayawara smart Tour Brand Roadshow selepas kejayaan pelancaran smart #3 di Pavilion Bukit Jalil dan juga di Pusat Konvensyen Setia Alam (EVx).

Lokasi baharu itu adalah Bangsar Shopping Centre bermula dari 31 Julai sehingga 4 Ogos 2024. smart Tour Brand Roadshow merupakan pameran kenderaan smart yang membawa kenderaan inovatif smart #1 dan #3 lebih dekat kepada bakal para pelanggan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Pameran ini akan menyediakan maklumat yang mendalam dan demonstrasi langsung mengenai ciri-ciri canggih kenderaan smart termasuk keupayaan V2L dan fungsi Aplikasi Hello smart.

smart Malaysia menjemput semua peminat kenderaan elektrik untuk melihat dan merasai sendiri kecanggihan smart #1 dan #3 Pro, Premium, dan BRABUS.

Pengunjung boleh mengambil peluang keemasan ini dengan tawaran istimewa BRABUS Fever dan nikmati ganjaran bernilai sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Selain itu, para juga pengunjung boleh mendapatkan maklumat berharga mengenai ekosistem smart daripada pakar penjual dan berpeluang untuk memanandu uji kenderaan smart.

Berikut adalah jadual lokasi dan tarikh smart Tour Brand Roadshow:

LokasiTarikh
Bangsar Shopping Centre31 Julai – 4 Ogos 2024
Ground Floor, Gurney Plaza, Penang4 – 8 September 2024
Ground Floor, Mid Valley South Key, Johor Bahru19 – 22 September 2024

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply