Foto unit ujian MPV elektrik mewah Denza D9 telah berjaya dirakam oleh salah seorang ahli group paultan.org Automotive/Car Discussion Group bernama Akmal Azmi pagi ini di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Unit ujian yang menggunakan plat perdagangan bernombor ‘P1321A‘ ini dilitupi dengan pelekat berwarna hitam dan celoreng pada bahagian depan dan belakang.
Ia dilihat sedang mengecas baterinya menggunakan unit pengecasan milik DC Handal. Adakah ini memberi petanda satu lagi jenama baharu akan membuat kemunculan di Malaysia?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Denza merupakan syarikat usahasama antara BYD dan Mercedes-Benz, manakala Denza D9 merupakan sebuah MPV elektrik mewah yang ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi sama ada empat atau tujuh-tempat duduk.
Dari segi dimensi, Denza D9 berukuran 5,250 mm panjang, 1,950 mm lebar, dan 1,920 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya pula 3,110 mm.
MPV elektrik ini ditawaran dengan pilihan pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD). Varian FWD dilengkapi dengan motor elektrik tunggal di hadapan yang menghamburkan 308 kuasa kuda dan 360 Nm daya kilas.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Varian AWD pula ditambah dengan satu lagi motor elektrik di bahagian belakang yang menghasilkan 60 kuasa kuda dan 110 Nm daya kilas. Ini bermakna output keseluruhan untuk varian ini adalah sebanyak 369 kuasa kuda dan 470 Nm daya kilas.
Dari segi pecutan, varian FWD mengambil masa 9.5 saat untuk memecut dari 0-100 km/j, manakala varian AWD hanya memerlukan 6.9 saat sahaja.
Kedua-dua varian menggunakan pek bateri litium besi fosfat (LFP) dengan kapasiti 103.4 kWj. Varian FWD Denza D9 memberikan jarak pandu 620 km (CLTC), manakala varian AWDnya pula memberikan jarak pandu sehingga 600 km.
Bateri bilahnya (Blade) menampung pengecasan sehingga 166 kW, dan ini bermakna hanya 15 minit diperlukan untuk mengecas baterinya sehingga mencapai jarak pandu sejauh 230 km.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Akmal Azmi
Denza D9 EV
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI