ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ dan SPRM ‘terjah’ Puspakom

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pemeriksaan Ops Puspakom di seluruh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama kenderaan perdagangan.

Menurut Berita Harian, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata buat julung kali, pihaknya membuat operasi di tempat pemeriksaan kenderaan.

Katanya, beliau sudah meminta pasukannya membuat pemeriksaan di Puspakom Wangsa Maju dan kemudian diperluaskan ke seluruh negara.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tambah beliau, pihaknya tidak akan maklumkan terlebih dulu bila akan masuk bersama SPRM ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan.

Ini menunjukkan komitmen tinggi mereka bagi memastikan kenderaan yang melalui proses pemeriksaan di Puspakom apabila keluar dalam keadaan status cukup bersedia untuk digunakan tanpa memberi sebarang ancaman keselamatan dari segi mekanikal dan teknikal yang tidak lengkap.

Zailani berkata, pasukan daripada kejuruteraan automotif JPJ bukan sahaja di ibu pejabat, tetapi di seluruh negara membuat pemeriksaan di Puspakom sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ia bagi melihat aspek pemeriksaan kenderaan dibuat dengan lancar dan mengikut peraturan tatacara sebenar serta sepatutnya.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Pihak Puspakom diminta melaksanakan operasi dalaman secara lebih kerap dan mereka ada audit dengan tatacara sendiri serta diperhatikan pasukan kejuruteraan automotif JPJ.

Beliau berkata, antara lain mereka akan menyemak semula pemeriksaan bagi item membabitkan keselamatan tinggi seperti tayar, brek dan lain-lain

Katanya, dalam operasi semalam, sebanyak 256 kenderaan diperiksa dengan 140 kenderaan diambil tindakan membabitkan 73 saman dikeluarkan.

Malah dalam operasi itu juga, ujian saringan air kencing ke atas 12 pemandu mendapati tiga daripadanya positif dadah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply