ARKIB

KATEGORI

Buletin

Serpihan roket Long March 5B (CZ-5B) ditemui dalam kebun sawit

Berita Tempatan

Views

Orang awam di Miri dikejutkan dengan penemuan satu lagi objek misteri seakan-akan cabang tanduk rusa di sebuah kawasan kebun persendirian berhampiran Rumah Panjang Ngadan di kawasan Sungai Kurong Suai, semalam.

Berita Harian melaporkan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie, berkata sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi objek ditemui sejurus menerima panggilan pada jam 2.19 petang.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau berkata, ketika sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat satu objek seakan-akan tanduk rusa terbenam dalam tanah.

Katanya, selepas mengenal pasti kedudukan tepat objek ditemui, pasukan bomba bertindak memakai pakaian operasi lengkap dan menggunakan alat pernafasan bagi menjalankan pemeriksaan objek terbabit ditemui.

Pasukan bomba kemudian menemukan satu objek berwarna kelabu setinggi kira-kira 0.3 meter tertanam dari permukaan tanah. Pasukan bomba mengambil gambar objek berbentuk logam itu bagi siasatan lanjut.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Rary berkata, pihaknya percaya objek yang ditemui itu adalah serpihan roket Long March 5B (CZ-5B) milik China, namun akan menjalankan siasatan lanjut bagi pengesahan.

Beliau yang juga Komander Operasi turut menasihatkan penduduk rumah panjang berdekatan supaya tidak menghampiri kawasan penemuan objek berkenaan buat sementara waktu.

Katanya, operasi pemantauan dan pemeriksaan ditangguhkan sehingga menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkaitan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Borneo Network

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply