ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ jalankan Operasi Khas Institut Memandu (OKIM)

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menerusi hantaran yang dimuat naik sebenar tadi memaklumkan, satu Operasi Khas Institut Memandu (OKIM) telah dijalankan oleh Bahagian Pelesenan Pemandu Ibu Pejabat Jabatan Pengngkutan Jalan Malaysia (JPJ) di sebuah Institut Memandu di Klang hari ini.

Operasi tersebut dijalankan setelah menerima aduan dan menerusi hasil risikan yang telah dilakukan oleh pihak mereka di institut tersebut. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, YBrs. Tuan Zamakshari bin Hanipah berkata aktiviti intipan dan operasi telah dilakukan bermula jam 8 pagi membabitkan 12 anggota masing-masing dari Ibu Pejabat, dan Negeri Sembilan.



JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift sah dilancarkan 23 April ini

Menurutnya, OKIM ini dijalankan bertujuan untuk memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pematuhan oleh Institut Memandu terhadap Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992 dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JPKIM).

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Hasil siasatan, Institut Memandu tersebut didapati melakukan kesalahan seperti pengajar tidak mengawasi pegerakkan calon ketika pembelajaran, pengajar merokok, tidak memakai tali pingang keledar, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Empat buah kenderaan milik Institut Memandu tersebut turut disita. Turut hadir, Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu, Tuan Rizal Mat Rawi.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply