ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prasarana perkenalkan pas perjalanan tanpa had 1-hari dan 3-hari MyCity mulai hari ini

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Rapid KL, pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pemilik aset perkhidmatan rel Rapid KL dan Bus Rapid Transit (BRT) telah memperkenalkan pas khas 1-hari dan 3-hari MyCity untuk perjalanan dengan MRT, LRT, monorel dan BRT-Sunway Line bermula hari ini (Isnin, 22 April 2019).



JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Ia menggunakan sistem kad perjalanan nirtunai (cashless) seperti Touch ‘n Go, dan dijual pada harga RM15 untuk pas 1-hari manakala untuk pas 3-hari pula dijual pada harga RM45. Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias, jika anda tidak mempunyai kad perjalanan, anda perlu menambah lagi RM10, RM5 untuk harga kad dan bakinya untuk nilai minimum di dalam dompet.

Tetapi jika anda mempunyai kad tersebut, anda hanya perlu membayar harga yang telah ditetapkan untuk kedua-dua pas tersebut. Tambahnya lagi, Prasarana telah memutuskan untuk memperkenal pas MyCity sebagai respon kepada permintaan pelanggan, terutama sekali pelancong asing dan pelanggan yang berada di luar Kuala Lumpur dan Selangor.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Pelanggan tetap pula mempunyai keistimewaan untuk mendapatkan pas perjalanan tanpa had menerusi My100 untuk 30 hari. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada sumbangan syarikat kepada industri pelancongan. Pas ini boleh didapati di semua stesen LRT, Monorail, MRT dan BRT.

Pelanggan perlu memastikan kad nirtunai mereka mempunyai baki minima RM5 bagi memudahkan pergerakan mereka melalui pintu tiket. Buat masa ini pakej tersebut tidak meliputi perkhidmatan bas Rapid KL dan bas pengantara MRT. Pihak Prasarana akan berusaha untuk menambah perkhidmatan tersebut pada masa akan datang.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply