ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ tambah 1 jam waktu operasi kaunter di empat negeri

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah waktu pengoperasian kaunter selama satu jam di beberapa negeri terpilih berkuat kuasa Isnin ini, bagi memudahkan urusan pelanggan.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, kaunter itu akan dibuka setiap hari Isnin dan Jumaat di JPJ Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, manakala setiap hari Ahad dan Khamis di JPJ Johor.

“Semua hari tersebut dikategorikan sebagai ‘hari sesak atau sibuk’ dengan trend pelanggan yang tinggi.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“Pertambahan waktu operasi kaunter di JPJ ini akan dilaksanakan secara berperingkat yang seterusnya akan melibatkan JPJ Negeri yang lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Aedy Fadly berkata satu Jawatankuasa Tadbir Urus yang berfokus bagi peningkatan kualiti JPJ terutamanya penyampaian kaunter bagi memantau, melihat dan menambah baik perkhidmatan kerajaan dari semasa ke semasa, akan ditubuhkan.

Beliau berkata JPJ komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan cekap demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat, selaras dengan Aspirasi Malaysia MADANI.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Aedy Fadly berkata JPJ bertekad dan beriltizam meningkatkan mutu dan kualiti penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, terutamanya penyampaian perkhidmatan kaunter di setiap JPJ negeri dan cawangan seperti yang dihasratkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19, semalam.

“JPJ ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan, di atas berita baik dalam melaksanakan pelarasan gaji kepada pegawai Kumpulan Pelaksana, pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi perkhidmatan awam terutamanya warga JPJ,” katanya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply