Nampaknya semakin ramai warganet yang terserempak dan sempat merakam kelibat unit ujian model SUV elektrik Proton e.MAS, iaitu e.MAS 7 di jalan raya Malaysia.
Ini adalah susulan daripada penemuan unit ujian e.MAS 7 terawal yang telah berjaya dikesan oleh rakan media kami di SoyaCincau.com.
Kelibat unit ujian yang masih lengkap berpelitup celoreng ini berjaya dikesan oleh dua individu berbeza dan telah dikongsikan menerusi platform X dan juga Facebook.
Foto yang pertama berjaya dirakam oleh pemilik akaun X bernama Gandum_Wing yang telah berjaya mengesan unit ujian e.MAS 7 di Lebuh Raya Karak. Foto tersebut juga telah di’tag’kan kepada rakan media kami di @paultantk.
Foto yang kedua pula telah dirakam oleh salah seorang ahli kumpulan Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club bernama Azlan Mahmud di sekitar Lembah Klang.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Kedua-dua foto tersebut telah dimuatnaik pada 16 Ogos lalu (Jumaat). Pada 2 Ogos lalu, Proton telah mempertontonkan dan mengumumkan nama model pertama mereka iaitu e.MAS 7.
Sehari kemudian, ‘abang kembar’nya iaitu Geely Galaxy E5 telah dilancarkan secara rasmi di China. Pelancaran rasmi e.MAS 7 pula dijadualkan pada pada akhir tahun ini.
Sejak pengumuman jenama e.MAS pada Jun lalu, jumlah keseluruhan pengedar di seluruh Malaysia PRO-NET kini telah bertambah kepada 29 pengedar.
Dibangunkan bersama Geely, Proton e.MAS 7 adalah SUV segmen-C yang dibina berasaskan pelantar Global Modular Architecture (GMA).
Dengan dimensi sepanjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm, e.MAS 7 menawarkan ruang dalaman yang cukup luas dengan reka bentuk luaran yang kontemporari.
Lebih daripada seratus jurutera Proton telah terlibat secara langsung dalam pembangunan projek ini, bagi memastikan ia memenuhi keperluan rakyat Malaysia serta pengguna di negara lain.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
SUV elektrik sepenuhnya ini menampilkan sistem pemacu elektrik terkini 12-dalam-1 yang canggih. Selain itu, Proton e.MAS 7 juga dilengkapi dengan seni bina bateri ‘Cell-To-Body‘ yang inovatif.
e.MAS 7 juga dilengkapi dengan sistem audio Flyme Auto yang diintegrasikan dengan sistem IHU tempatan. Proton telah melabur didalam pembangunan casis e.MAS 7 bagi memastikan dinamik pemanduan yang luar biasa sesuai untuk jalan raya di Malaysia.
SUV segmen-C ini telah menjalani ujian yang ketat, dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer ujian dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan keandalannya.
Dilengkapi dengan sistem yang sentiasa aktif, model ini mendapat manfaat daripada ujian dan kemas kini yang berterusan, termasuk penambahbaikan berkala pada sistem navigasi serta peningkatan perkhidmatan DHU dan TSP.
Pasukan PRO-NET juga telah membangunkan penyedia sistem telematik tempatan untuk menyokong kawalan kenderaan, navigasi, dan superApp Proton e.MAS.
KLIK UNTUK BESARKAN
Gandum_Wing dan Azlan Mahmud
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI