ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ tawarkan diskaun 70 peratus untuk saman dan kompaun sehingga 2 Mei 2018

Views

Berita Harian melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun 70 peratus untuk semua saman dan kompaun yang dikeluarkannya, selama sebulan sehingga 2 Mei sempena ulang tahunnya yang ke-72. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata diskaun 70 peratus itu juga mencatat sejarah baharu kerana ia merupakan jumlah diskaun paling tinggi pernah ditawarkan oleh JPJ sepanjang penubuhannya.

Bayaran saman dan kompaun boleh dilakukan di semua kaunter JPJ di seluruh negara. Walaubagaimanapun, lima kesalahan yang tidak berhak mendapat diskaun 70 peratus ini adalah kesalahan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kesalahan Berat Dengan Muatan (BDM) atau lebih muatan bagi kenderaan lebih lima tan, saman mahkamah serta saman dan kompaun membabitkan warga asing.

Ab Aziz berkata demikian ketika melancarkan Sambutan Hari JPJ Ke-72 Peringkat Kebangsaan, di Dataran BP Mall, semalam. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid turut hadir dalam majlis tersebut.

Foto kredit laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply