Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini buat julung kalinya mempertontonkan demonstrasi proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan homologasi kenderaan kepada media, menggunakan BMW iX xDrive40i.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Ia sekali gus menyingkap prosedur pemeriksaan dan penilaian yang digunakan secara rasmi oleh JPJ dalam memastikan sesebuah kenderaan mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan Pengangkutan Jalan di Malaysia, sebelum pendaftaran kenderaan tersebut dibenarkan.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, pihaknya berbesar hati kerana JPJ mengambil peluang untuk mendemonstrasikan proses tersebut menggunakan kenderaan elektrik (EV) BMW iX xDrive40i yang bakal dilancarkan tahun depan.
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hj Hashim berkata, beliau berharap penglibatan media serta publisiti yang diberikan ke atas demonstrasi hari ini dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan dan fungsi Jabatan Kejuruteraan Automotif, JPJ serta prosedur VTA.
Acara ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Tuan Aedy Fadly Ramli, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Tuan Ir. Mohd Yusop Mohamad.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI