ARKIB

KATEGORI

Tular

JSPT Bukit Aman buru ‘geng kereta berlumba’ di lebuh raya dalam video tular

Tular

Views

Kenderaan yang terbabit dengan kegiatan lumba haram termasuk di lebuh raya, akan disita Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tempoh yang panjang, selain pemandunya dikenakan saman maksimum.

Menurut Berita Harian, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin, berkata perbuatan berlumba di lebuh raya itu jelas melanggar undang-undang, selain mengundang bahaya dan padah kepada diri sendiri serta pengguna lain.

Pihaknya akan membuat tindakan susulan untuk mengesan lokasi serta pelakunya. Setiap perbuatan melanggar undang-undang, pasti akan menerima padah dan kesannya.

Tambah beliau, tindakan sita kenderaan dalam tempoh masa yang lama akan dikenakan terhadap pelaku, selain saman dengan kadar maksimum bagi memastikan aktiviti sama tidak berulang.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Beliau mengulas video tular di media sosial memaparkan sekumpulan pemandu kereta berlumba sesama sendiri di lebuh raya sehingga menimbulkan kemarahan warganet yang mahu PDRM bertindak terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Rakaman video berdurasi empat minit lapan saat itu dipercayai rakaman kamera pemuka (dashcam) sebuah daripada kenderaan yang sedang berlumba dengan beberapa kenderaan rakannya, selain memintas secara berbahaya di antara kenderaan lain yang berada di lebuh raya itu.

Video berkenaan mengundang kecaman ribuan warganet dalam ruangan komen, dengan ada yang meminta PDRM mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu kereta terbabit serta pengendali laman sosial berkenaan yang dianggap mempromosi perbuatan itu.

Bakri berkata, dalam usaha membendung kegiatan lumba haram, pihaknya akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap samseng jalanan secara ‘show off‘ atau terang-terangan di lebuh raya utama negara ini yang dilihat semakin berleluasa saban hari.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Katanya JSPT mengambil beberapa pendekatan antaranya meningkatkan kekerapan rondaan dan pemantauan oleh anggota peronda lebuh raya, lebih-lebih lagi sekiranya menerima maklumat adanya pergerakan sesuatu konvoi kenderaan.

Maklumat daripada orang ramai seperti masa dan lokasi, akan dapat membantu kita menggerakkan elemen penguatkuasaan, khususnya bagi membanteras gejala samseng jalanan itu dengan lebih cekap dan efisien.

Bakri berkata, JSPT akan menggandakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama syarikat konsesi lebuh raya di kawasan tumpuan lumba kereta haram.

Selain itu, JSPT juga akan membuat lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan berisiko tinggi berlakunya kegiatan itu sebagai isyarat kepada ‘kaki lumba haram’ berfikir dua kali kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu lebih awal oleh pihak berkuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply