Ini info menarik yang ingin kami kongsikan bersama anda. Menerusi satu temu bual bersama Guy Burgoyne dengan portal permotoran dari Filipina, Philkotse.com, beliau mengesahkan model Geely Okavango bukanlah sebuah SUV.
Katanya, model itu dikategorikan sebagai cross MPV. Apabila ditanya dengan lebih lanjut, beliau berkata cross MPV menawarkan yang terbaik dari dunia SUV dan MPV.
Menurut Timbalan Pengurus Besar Geely Design China, Huang Ning, sebagai crossover MPV pertama dari Geely, Okavango telah direka bentuk agar sesuai dengan pelbagai senario kehidupan: pemanduan harian ke tempat kerja, kenderaan untuk ke sekolah dan juga pemanduan sekali-sekala ke luar bandar bersama keluarga bersantai pada hujung minggu.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
Dari luar, Okavango kelihatan seperti sebuah SUV dengan penggayaan yang nampak ‘sado’, garis karektor yang tepat dan lega tanah yang tinggi. Selain itu, rel para bumbung turut membantu menonjolkan gaya SUVnya.
Walaubagaimanapun, jika masuk ke ruang kabinnya yang menggunakan konfigurasi seperti-MPV, ia sebenarnya sudah memadai dan pemilik tidak perlu pun untuk menggunakan rel para bumbung itu.
Okavango menawarkan susun atur ruang fleksibel, yang mempunyai 19 konfigurasi tempat duduk. Tempat duduk baris keduanya boleh dilipat satu per satu bagi memaksimumkan ruang.
Satu lagi ciri seperti-MPV yang ada pada model itu adalah jarak ruang kepala yang selesa meskipun penumpang berada di tempat duduk baris ketiga. Huang berkata, Okavango didatangkan dengan tidak kurang daripada 42 ruang penyimpanan.
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
Dengan keunikan yang ada pada model cross MPV inilah yang menjadi salah satu faktor yang menyebabkan Geely Filipina berjaya mencatatkan jualan yang baik. Ini menjadikannya sebagai kenderaan serba boleh yang memenuhi pelbagai permintaan pasaran.
Tambah Huang, Okavango merangkumi semangat bertenaga dengan teknologi untuk membawa pelanggan crossover dengan ruang yang lebih luas. Di Malaysia, model yang bakal menjadi Proton X90 acap kali dikesan oleh orang awam sejak kebelakangan ini.
Model yang bakal menjadi cross MPV pertama Proton ini akan dilancarkan menjelang akhir tahun 2022. Selain itu, Proton juga telah mendaftarkan tanda dagang untuk nama X90 dan X80 di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Apa pun, kita tunggu perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa. Nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
KOMEN TERKINI