Prestasi jualan kenderaan Malaysia kekal berada pada paras 60,000 unit pada Februari, meskipun menyusut empat peratus berbanding Januari.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada bulan dikaji berada pada 62,833 unit, rendah sedikit berbanding 63,561 unit pada bulan sama tahun lalu dan merosot daripada 65,499 unit pada Januari 2024.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
TIV pada Februari 2024 adalah lebih rendah disebabkan jumlah hari bekerja yang pendek berikutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Bagaimanapun, jualan bagi tempoh dua bulan pertama berjumlah 128,332 unit adalah lebih tinggi berbanding 113,729 unit bagi tempoh Januari hingga Februari 2023.
Sejumlah 57,979 unit kenderaan penumpang dijual pada Februari, manakala kenderaan komersial pula pada 4,854 unit.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Dari aspek pengeluaran pula, sejumlah 65,611 unit kenderaan dihasilkan pada Februari 2024 merangkumi 61,935 unit kenderaan penumpang dan 3,676 unit kenderaan komersial.
Bagi prospek TIV Mac, persatuan itu berkata, jualan pada bulan ini dijangka lebih tinggi berbanding Februari disokong langkah mempercepatkan penghantaran oleh jenama pengeluar yang memiliki tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
Selain itu, jangkaan peningkatan jualan pada Mac juga akan disokong inisiatif kempen promosi sempena Hari Raya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI