ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC bersama Yayasan Keamanan Global Malaysia serahkan dana RM45,745 kepada komuniti Orang Asli

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bersama dengan Yayasan Keamanan Global (Global Peace Foundation) Malaysia baru-baru ini telah menyokong program OA-Eco Farm oleh GPF di empat perkampungan Orang Asli di Kuala Rompin, Pahang.

Program ini merupakan usaha penanamaan makanan yang bertujuan untuk peningkatan sara diri serta meraih pendapatan mapan dalam kalangan keluarga Orang Asli. Ia menyediakan latihan praktikal, serta subsidi terhadap perkakas dan juga benih.

Disokong oleh sumbangan dana sebanyak US$10,000 (RM45,745) daripada dana tabung Ford Motor Company (Ford Motor Company Fund) yang merupakan sebuah badan kebajikan bagi Ford Motor Company, seramai 22 sukarelawan dari SDAC menyertai usaha berkenan bersama dengan pasukan GPF untuk melawat tiga perkampungan terlibat pada 9 Mac.

Turut dibawa bersama mereka ialah sumbangan benih, kelengkapan penanaman, peralatan dapur serta kesungguhan dan tenaga untuk turut membantu.

Sukarelawan juga bekerja rapat dengan penduduk-penduduk di salah sebuah kampung untuk memasang kelengkapan panel solar untuk sistem pemagaran.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mereka juga terlibat dalam kerja-kerja pemugaran tanah, memotong rumput dan membangunkan batas sebelum proses pembenihan.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, pihaknya amat berbangga untuk meneruskan kerjasama dengan Yayasan Keamanan Global bagi membawakan kesan yang lebih besar ke atas kehidupan komuniti Orang Asli.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Keamanan Global, Dr Teh Su Thye berkata, keterjaminan makanan sangat penting untuk membangunkan daya tahan Orang Asli yang telah terjejas akibat Covid-19 serta penebangan hutan dan pencerobohan tanah.

Cabaran utama penanaman makanan dalam golongan ini adalah sumber yang terhad untuk membeli benih, kelengkapan pembenihan dan perkebunan, serta cabaran alam sekitar seperti cuaca kering dan tanah kering dan keras.

Lebih dikenali sebagai kelompok pemburu, kemahiran dalam teknik penanaman mapan untuk menguruskan kesihatan tanah adalah penting untuk kejayaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Oleh yang demikian, GPF melancarkan program OA-Eco Farm untuk mengatasi masalah ini. Usaha berkenaan tidak hanya mempertingkatkan kehidupan golongan Orang Asli tetapi turut mempromosi amalan mapan dan pemuliharaan alam sekitar.

Program berkenaan menerapkan kaedah penanaman yang menyeluruh dikenali sebagai Syntropic Farming yang menghidupkan semula eko-sistem serta membugarkan tanah bagi memastikan sekuriti makanan dan kemapanan.

Selain latihan, tunjuk ajar dan subsidi, yayasan ini telah mewujudkan pasar dalam talian untuk pekebun Orang Asli supaya menjana lebih banyak pendapatan daripada tanaman mereka.

Menerusi laman sesawang GPF, pasar dalam talian berkenaan, yang dipanggil Kebun Amai menampilkan pelbagai buah-buahan dan sayuran segar serta produk-produk berkaitan lainnya daripada pekebun dan keluarga mereka.

Sejak pengenalannya, GPF telah bekerjasama dengan lebih 70 perkampungan untuk menyediakan capaian kepada air bersih, tenaga, kehidupan mapan serta pendidikan.

Pengarah eksekutif Pasaran Pengedar Asia Pacific Ford dan Korea Selatan, David Jeffrey berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sime Darby Auto Connexion kerana sentiasa komited dalam sumbangan kepada masyarakat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply