ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery Malaysia buka pendaftaran minat model Tiggo 7 Pro, bakal dilancar suku kedua (Q2) tahun ini

Berita Tempatan

Views

Chery Auto Malaysia mula membuka pendaftaran minat bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) Tiggo 7 Pro. Mereka yang berminat dengan model SUV tersebut boleh mendaftarkan minat menerusi pautan INI.

Pengarah Produk Chery Auto Malaysia, Michael Chew, berkata pihaknya merancang untuk memperkenalkan SUV segmen-C tersebut pada suku kedua (Q2) tahun ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model ini dibangunkan dari pelantar T1X yang ringan serta kuat, dengan jarak antara gandar 2,670 mm dan panjang keseluruhan 4,500 mm.

Ia dijana oleh enjin 4-silinder 1.6 liter turbo yang menghasilkan 197 kuasa kuda dan 290 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan dwicekam (DCT).

Dari aspek keselamatan, Tiggo 7 Pro telah menerima penarafan keselamatan lima-bintang daripada Program Penilaian Kenderaan Baharu China (C-NCAP).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bakal pesaing kepada Proton X70 MC2 ini dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Amaran Berlepas Lorong (LDW),
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Monitor Pandangan Keliling 360 darjah

Tiggo 7 Pro mempunyai tiga skrin – panel meter digital tujuh inci di hadapan pemandu, LCD konsol tengah 10.25 inci yang memaparkan maklumat kenderaan, unit infohibur, Apple CarPlay, Android Auto, Bluetooth dan paparan kamera undur, dan di bahagian bawahnya adalah skrin kawalan iklim dwi-zon.

KLIK UNTUK BESARKAN

Chery Tiggo 7 Pro

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply