ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton kembali pulih pada bulan Februari, catat peningkatan jualan 107 peratus

Berita Tempatan

Views

Meskipun jualan pada bulan Januari terjejas teruk berikutan bencana banjir, Proton kembali mencatatkan pemulihan jualan pada bulan berikutnya, iaitu Februari dengan peningkatan jualan sebanyak 107 peratus.

Bulan lalu, Proton berjaya menjual sebanyak 9,225 unit (gabungan domestik dan eksport) yang membolehkannya kembali merampas semula kedudukan kedua dalam pasaran sekali gus meletakkannya kembali di landasan tepat untuk pulih kembali.

Bagi bulan Februari pegangan pasaran domestik Proton dianggarkan pada 20.2 peratus, manakala untuk dua bulan pertama tahun ini, pegangan pasaran terkumpul dianggarkan pada 15.9 peratus.

Bagi pasaran automotif secara amnya, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi tahun ini dianggarkan meningkat sebanyak 11.4 peratus berbanding dua bulan pertama 2021.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Semua aktiviti pengeluaran kini kembali beroperasi sepenuhnya di Shah Alam dan Tanjung Malim dan ini menjadi faktor kepada peningkatan ketara dalam jumlah jualan Proton secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, model seperti Saga hanya mencatat jualan sebanyak 2,951 unit pada bulan Februari, sedikit menurun berbanding purata bulanan biasa dan angka itu dijangka kembali ke tahap sebelumnya dalam beberapa bulan akan datang.

X50 dan X70 pula berjaya mencatatkan jualan sebanyak 3,002 dan 1,119 unit pada bulan Februari dan secara tidak langsung kedua-dua model ini mengekalkan kedudukan mereka di tempat pertama dalam segmen masing-masing.

X50 juga merupakan SUV terlaris dalam negara dan telah mencatat lebih 100,000 unit tempahan dalam masa 16 bulan sahaja. Exora pula kembali merampas tempat pertama dalam MPV segmen-C, manakala terdapat peningkatan yang besar untuk Iriz dan Persona.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Walaupun jualan domestik masih menjejaki jumlah tahun lepas, jualan eksport semakin meningkat dan telah bertambah sebanyak 72.8 peratus pada tahun 2022.

Untuk dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 323 unit pelbagai kereta Proton telah dijual dalam pasaran eksport berbanding hanya 187 unit dijual pada tahun 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, keupayaan syarikat untuk mengeluarkan lebih banyak kereta merupakan punca utama bagi pemulihan jualan bulan Februari.

Tambah beliau, bagi industri automotif Malaysia secara amnya, dua bulan pertama tahun ini menyaksikan permintaan kukuh yang ditunjukkan oleh pertumbuhan dalam TIV berbanding tahun 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply