ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart #1 duduki tangga ketiga dalam carta jualan SUV EV premium di Malaysia

Berita Tempatan

Views

smart #1 berjaya menduduki tempat ketiga dalam carta jualan kategori SUV EV yang berharga lebih RM180k, sekali gus muncul sebagai salah satu EV premium yang paling digemari di Malaysia.

Model EV utama yang dijual oleh PRO-NET ini telah menerima sentuhan reka bentuk oleh Mercedes-Benz dan dibina di atas Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA).

Pasaran EV Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan jumlah jualan EV melonjak daripada 3,079 unit pada 2022 kepada 11,624 unit pada 2023.

Ini disertai dengan peningkatan ketara dalam bahagian pasaran, meningkat dari 0.43 peratus kepada 1.45 peratus.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan latar belakang elektrifikasi yang pesat dan peralihan pilihan pengguna, smart telah berjaya muncul sebagai peneraju utama.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, pihaknya telah berjaya mencapai mencapai kejayaan ini, meskipun hanya menjual satu model berbanding pemain utama lain dalam industri.

Sejak pelancarannya, smart #1 di Malaysia membuktikan prestasi luar biasanya dalam segmen SUV EV premium, dengan 100 unit dijual hanya dalam tempoh sebulan.

Ia secara konsisten berada di kedudukan antara pesaing utama dalam segmen SUV premium EV, dengan varian seperti model BRABUS mendapat pujian atas prestasi luar biasa mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Antara faktor kejayaan ini termasuk DNA jenama premiumnya yang diwarisi daripada Mercedes-Benz, cadangan jualan unik seperti menawarkan akses ke lokasi pengecasan 70 peratus dalam satu aplikasi, dan ciri ADAS, serta tumpuan tanpa henti untuk meningkatkan infrastruktur pengecasan di seluruh negara.

Komitmen smart Malaysia untuk memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan terus meningkatkan kejayaan smart #1.

Dari aplikasi Hello smart yang inovatif hingga kepada penyelesaian pengecasan yang komprehensif dan penawaran perkhidmatan yang lancar, smart Malaysia memastikan setiap aspek perjalanan pemilikan EV dapat dioptimumkan.

Tambahan pula, kerjasama smart Malaysia dengan pihak berkepentingan utama dan pengembangan rangkaian pengedar daripada 10 kepada 13 lokasi, termasuk penubuhan hab berpusatkan komuniti yang pertama seumpamanya di Malaysia Timur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply