ARKIB

KATEGORI

Buletin

Juara AJL 38, Amir Jahari pilih Perodua Alza jadi kereta pertamanya!

Tular

Views

Penyanyi dan juga pencipta lagu Hasrat yang mucul sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 baru-baru ini Amir Jahari, menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan beliau telah menerima sebuah Perodua Alza yang ditempahnya pada 27 Mac lalu.

Apa yang lebih manis, Amir berkata ini merupakan kereta pertamanya sepanjang bergelar anak seni. Jelasnya, beliau nekad memilih Alza demi keselesaan untuk anak-anaknya bila mereka ‘berjalan’ jauh, selain menjemput dan membawa keluarganya dari Sarawak berjalan-jalan apabila datang ke Kuala Lumpur.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Paling penting, Alza ini dibeli bukan dari wang kemenangan AJL38 yang bernilai RM100,000. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penasihat jualan Perodua, iaitu Ahmad Hafiz yang menguruskan segala perkara dari awal hingga akhir.

Katanya, urusan bank telah pun diselesaikan dalam masa beberapa minggu dan beliau terus mendapat kereta pertamanya ini.

Tambah Amir, Ahmad Hafiz telah memberikan banyak cadangan termasuk hanya mendapatkan apa yang perlu sahaja (tidak termasuk aksesori) supaya tidak berlaku pembaziran.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, Amir juga telah mendapat diskaun dan hadiah percuma, dan dalam yang sama beliau turut mencadangkan peminatnya untuk membeli kereta Perodua dengan Ahmad Hafiz.

Setakat artikel ini diterbitkan, hantaran tersebut telah pun menerima lebih 25,000 tanda suka, 907 komen dan lebih 405 perkongsian di Facebook.

Tahniah Amir Jahari!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amir Jahari

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply