ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nahas bas terbalik di Lebuhraya KLK – Dua maut, 13 cedera

Berita Tempatan

Views

Dua penumpang terdiri seorang wanita dan lelaki warga asing maut selepas bas persiaran dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) berhampiran Hentian Rehat Lentang, Bentong pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam nahas itu, 13 penumpang cedera dan dua daripada mereka termasuk pemandu bas dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, bas terbabit dinaiki 20 penumpang termasuk pemandu dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala ke Kuantan. Lima lagi penumpang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Zaiham berkata, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan. Tiada mangsa tertindih di bawah bas sebagaimana video yang tular di laman sosial.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima laporan kejadian melibatkan bas persiaran jenis Hino itu jam 7.53 pagi.

Susulan itu, 19 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Zulfadli berkata, pihak bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar untuk menerima rawatan.

Pihak konsesi lebuh raya, Anih Berhad memaklumkan, semua lorong terhalang ekoran kemalangan tersebut menyebabkan trafik arah timur sesak sepanjang 7.4 kilometer dari KM44 hingga ke lokasi.

Menurutnya, aliran trafik dihentikan sementara bermula kira-kira jam 9 pagi di KM 51.5 untuk memberi laluan kepada jentera bantuan ke lokasi. Laluan alternatif dibuka sementara di KM 51.3 untuk kenderaan ringan.

Lorong laju dan perlahan kini dibuka selepas kerja-kerja pengalihan kenderaan terlibat selesai dijalankan namun lorong kecemasan masih ditutup. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Community Roda Johor – CRJ

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply