ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lee Chong Wei antara pemilik terawal Omoda E5, siap hantar sampai ke rumah!

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Chery Malaysia menerusi satu hantaran semalam memaklumkan, pihaknya telah membuat penghantaran terawal model Omoda E5 kepada legenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei.

Menurut Chery Malaysia, unit-unit terawal Omoda E5 kini sedang dalam proses penyerahan kepada para pelanggan. Harga jualan SUV elektrik penuh dalam segmen-B ini bermula dari RM146,800. Buat permulaan, Omoda E5 adalah unit siap bina (CBU) yang diimport sepenuhnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Semasa pelancarannya Presiden Chery Malaysia, Leo Chen mengumumkan, Omoda E5 akan menjadi kenderaan elektrik China pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia, bermula suku kedua (Q2) tahun ini.

Omoda E5 dijana oleh motor elektrik pada gandar roda hadapan yang menghasilkan 201 kuasa kuda dan 340 Nm daya kilas. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 7.2 saat. Kuasa bagi motor elektrik tersebut dibekalkan oleh bateri lithium fosfat (LFP) berkapasiti 61 kWj.

Dari segi jarak pemanduan, Omoda E5 mampu mencapai jarak 430 km (WLTP), manakala halaju maksimumnya pula mencecah 172 km/j. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan AC 9.9 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 80 kW yang boleh mencapai takat bateri dari 30 hingga 80 peratus dalam masa 28 minit.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Aspek keselamatan juga dititikberatkan, Omoda E5 dilengkapi dengan ADAS 2.5 yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Brek Kecemasan Kendiri (AEB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kesesakan Jalan (TJA)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
  • Bantuan Jelajah Bersepadu (ICA)
  • Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA) dan banyak lagi

Empat pilihan warna ditawarkan, iaitu Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey, dan Dark Black. Omoda E5 didatangkan dengan waranti kenderaan 7-tahun/150,000 km, waranti bateri 8-tahun/160,000 km dan waranti unit pemacu 8-tahun/160,000 km yang merangkumi Motor Kuasa, Unit Kawalan Motor Kuasa, Pengurusan Sistem Kuasa Bateri dan Unit Kawalan Kenderaan.

2,000 pelanggan terawal yang membuat tempahan Omoda E5 akan menerima Pengecas Lekap Dinding (Wallbox), Pengecas V2L dan kredit pengecasan bernilai RM1,000 secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Chery Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply