Touch ‘n Go Sdn Bhd (Touch ‘n Go) telah bekerjasama dengan jenama makanan ringan kegemaran tempatan, Mister Potato untuk melancarkan Kad Edisi Terhad Touch ‘n Go x Mister Potato.
Kad edisi terhad ini menampilkan reka bentuk yang diinspirasikan oleh mercu tanda nasional Malaysia dan maskot kesayangan Mister Potato.
Kerjasama antara dua jenama tempatan ‘gempak’ ini menekankan kepentingan perniagaan tempatan saling menyokong antara satu sama lain.
Kad ini menggabungkan perjalanan dan keseronokan snek, menawarkan penyelesaian pembayaran yang mudah dan snek lazat untuk setiap perjalanan.
Kad edisi terhad ini membolehkan pengguna menambah nilai dengan mudah melalui aplikasi eWallet Touch ‘n Go menggunakan telefon bimbit yang dilengkapi NFC, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Selain pembayaran tol dan pengangkutan, kad serba boleh ini boleh digunakan untuk transaksi tanpa tunai di lebih 1,800 tapak parkir yang disokong oleh Touch ‘n Go di seluruh negara.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Dijual pada harga RM25.00 setiap satu, Kad Koleksi Touch ‘n Go x Mister Potato kini boleh didapati secara dalam talian dari Touch ‘n Go Official Shopee Mall.
Bagi para pengumpul kad Touch ‘n Go, kad ini melambangkan kebanggaan tempatan sambil mereka menikmati kemudahan pembayaran tanpa gangguan untuk keperluan perjalanan dan mobiliti mereka.
Rebut peluang untuk memenangi kad eksklusif ini, yang telah ‘diisi’ tambah nilai RM50 dan barangan Mister Potato bernilai RM110, dengan menyertai pertandingan media sosial, dari sekarang hingga 30 September 2024.
Jangan lepaskan peluang ini, ikuti Instagram Touch ‘n Go dan Mister Potato sekarang dan jadi salah seorang daripada 67 pemenang dengan penyertaan yang paling kreatif!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI