ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kadar upah dikurangkan, penghantar makanan lancar mogok esok

Tular

Views

Gerakan solidariti penghantar makanan akan melakukan boikot selama sehari esok susulan kadar upah mereka dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Menurut Sinar Harian, boikot berkenaan dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Twitter #PartTimeKL hari ini sebagai tanda solidariti kepada penghantar makanan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Hantaran berkenaan menjelaskan penghantar makanan tidak akan beroperasi selama sehari esok (Jumaat). “Solidariti untuk rakan-rakan rider frontliner @GrabMY & @foodpanda_my yang akan mogok satu hari esok.

Yang mana tak dapat avoid, expect order delay/cancelled,” katanya. Difahamkan tindakan itu diambil berikutan harga makanan yang dihantar naik tetapi kadar upah penghantaran dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

“Dah la makanan anda semakin mahal, fare kami pula makin sedikit,” katanya. Sementara itu, salah seorang penghantar makanan separuh masa di kawasan Lembah Klang yang namanya enggan dikenali berkata, gerakan tersebut akan menyebabkan banyak permintaan pelanggan terkesan dan berkemungkinan terpaksa dibatalkan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Bagaimanapun, katanya, situasi tersebut juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada penghantar makanan lain yang bekerja pada Jumaat kerana mereka dapat menjana lebih banyak pendapatan.

“Memang saya tahu mengenai boikot itu, dan kebanyakannya disertai oleh ‘rider’ penghantar makanan sepenuh masa esok.

“Tetapi untung pada yang bekerja pada esok sebab apabila ‘rider’ tak banyak, permintaan tinggi, jadi ‘rider’ dapat lebih banyak kerja berbanding hari-hari biasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply