ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kastam rampas 147 buah kenderaan mikromobiliti disyaki seludup

Berita Tempatan

Views

Tindakan dua pengusaha kedai permainan dan rekreasi di bandar raya ini dan Kuala Nerus menjual kenderaan mikromobiliti disyaki seludup membawa padah apabila premis mereka diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) Khamis lalu.

Pengarah Kastam Terengganu, Mohd. Nadzri Ariffin berkata, dalam serbuan pada pukul 11 pagi itu pihaknya merampas 147 buah kenderaan mikromobiliti pelbagai jenis bernilai RM708,082 termasuk cukai.

Dalam serbuan pertama, pihaknya menyita sebanyak 130 buah kenderaan mikromobiliti, manakala 17 unit pula dirampas di premis kedua.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kenderaan berupa moped bike, basikal kuasa elektrik dan peralatan mobiliti persendirian (PMD) berkuasa elektrik itu disyaki dibawa masuk menggunakan dokumen import palsu.

Mohd. Nadzri berkata, kenderaan mikromobiliti itu dikategorikan sebagai barang larangan import di bawah Item No. 7, Bahagian II, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati kenderaan itu dipasarkan sindiket yang berpengkalan di Pantai Barat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sindiket itu melakukan pengikraran palsu sewaktu membawa masuk kenderaan mikromobiliti dengan cara komponen tercurai dari luar negara.

Komponen itu akan dipasang dalam gudang sebelum dipasarkan ke kedai-kedai permainan dan rekreasi seluruh negara.

Dua pengusaha kedai permainan dan rekreasi berusia 37 dan 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply