ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha XMAX 2024 kini dengan warna dua baharu, harga RM24,498

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini telah memperkenalkan model skuter Yamaha XMAX untuk tahun 2024 dengan dua pilihan warna baharu.

Dua warna baharu tersebut adalah Icon Black dan Ruby Red. Yamaha XMAX 2024 dengan warna baharu ini boleh mula didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 21 Mei 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Harga runcit yang disyorkan adalah RM24,498, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans. Tiada perubahan kosmetik dan juga spesifikasi enjin bagi model Yamaha XMAX 2024 ini.

Ini bermakna, ia masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal bersesaran 249cc sejukan cecair SOHC empat lejang yang menghasilkan 16.8 kW pada 7,000 rpm dan 24.3 Nm daya kilas pada 5,500 rpm.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Yamaha XMAX 2024 turut dilengkapi dengan ciri yang sama seperti sebelum ini, iaitu Yamaha Y-Connect dan Garmin StreetCross Connectivity.

Pemilik baharu Yamaha XMAX 2024 akan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 secara percuma dengan setiap pembelian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply