ARKIB

KATEGORI

Buletin

KD Pendekar bocor, banjir dipercayai terlanggar objek bawah air – TLDM

Berita Tempatan

Views

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kebocoran Kapal Diraja (KD) Pendekar miliknya semalam.

TLDM dalam kenyataan berkata, fokus utamanya kini adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

“TLDM merakamkan jutaan terima kasih kepada agensi yang terlibat atas tindakan pantas memberi bantuan terhadap insiden ini iaitu Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti maritim yang berada di persekitaran.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan ketika kejadian terdapat 39 kru dan keadaan kapal menjadi separa tenggelam akibat kebocoran berkenaan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Mengulas kejadian itu, TLDM berkata KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika berada kira-kira dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusup di Johor.

“Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika kapal berkenaan sedang melaksanakan penugasan operasi. Kebocoran itu dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air.

“Kebocoran yang mula dikesan di Bilik Jentera kapal berkenaan merebak dengan cepat dan tidak terkawal. Semua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Laut Diraja Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply