ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik sesak 15km

Berita Tempatan

Views

Sebuah kenderaan polis antara kira-kira 10 buah kenderaan yang terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Perai, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

K! ONLINE melaporkan, menurut perkongsian pengguna media sosial, van polis jenis Toyota Hiace dari arah Seberang Jaya ke arah Juru itu antara yang terbabit selain kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan Honda Stream, kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Axia serta beberapa kenderaan lain.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat berhubung mangsa dalam kejadian tersebut setakat ini. Difahamkan kenderaan-kenderaan itu telah dilanggar dari arah belakang selepas sebuah bas ekspres di lorong kanan gagal membrek dan merempuh belakang Toyota Vellfire.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung insiden itu. Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kesesakan teruk di lebuh raya itu berlaku sejauh kira-kira 15 km apabila kedua-dua lorong terhalang ekoran kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi.

Difahamkan kesemua kenderaan yang terlibat berjaya dialihkan kira-kira pukul 5 petang tadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply