ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis rakam keterangan pemandu Proton Wira berlagak marshal konvoi kereta

Berita Tempatan

Views

Polis sudah merakam percakapan lelaki yang dipercayai pengiring atau marshal konvoi kereta yang mengawal kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sitiawan di Manjung, seperti tular di media sosial sejak semalam.

Menurut Harian Metro, difahamkan, konvoi kereta itu membabitkan enam hingga lapan kenderaan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim berkata, terdahulu laporan dibuat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada 2.29 petang tadi untuk siasatan lanjut.

Katanya, ia berdasarkan rakaman video yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook dengan tajuk ‘Seperti Polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka’.

Rakaman berkenaan menunjukkan aksi marshal yang menggunakan kereta mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti di lampu isyarat di pekan Sitiawan bagi memberi laluan kepada konvoi kereta dari arah Seri Manjung menghala ke Tokong India.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pemandu kereta Proton Wira yang bertindak sebagai marsyal berusia 29 tahun sudah dirakam percakapannya hari ini.

Chong berkata, ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu mendapati dia negatif dadah dan pihaknya turut merampas kereta digunakan untuk membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply