ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan lima buah kenderaan punca trafik sesak di Genting Sempah

Berita Tempatan

Views

Aliran trafik sesak apabila berlaku kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer (KM) 42.9 arah Kuantan (Gombak – Bukit Tinggi), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Menurut KOSMO! ONLINE, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menerusi hantaran Facebook rasminya berkata, trafik sesak sejauh 1.8 km dari KM 41.4 sehingga ke lokasi kemalangan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Katanya, trafik kini sesak dan semua lorong terhalang susulan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan tersebut.

Kira-kira sejam yang lalu, LPT melaporkan lorong kanan dan kiri telah pun dibuka kepada lalu lintas. Walaubagaimanapun, lorong kecemasan masih lagi ditutup.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Selain itu, trafik juga sesak 21.2KM dari Km 21.7 arah EB sehingga ke lokasi kemalangan. Trafik juga sesak 10.4KM dari Km 53.4 arah WB sehingga lokasi kemalangan.

Sehubungan itu, ramai pihak yang mendoakan keselamatan mangsa-mangsa terlibat dan berharap trafik kembali pulih dengan segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lebuhraya Pantai Timur

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply