ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan maut bas persiaran di Genting Highlands – Pemandu tiada lesen memandu, ada 27 rekod saman

Berita Tempatan

Views

Polis mendapati pemandu bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan dua pelancong di Kilometer (Km) 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong, pagi tadi didapati tidak memiliki lesen memandu.

Malah pemandu bas berusia 32 tahun terbabit juga mempunyai 27 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kesalahan itu dikesan selepas polis melakukan semakan terhadapnya.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Pihak polis sedang menjalankan siasatan serta akan mengambil tindakan susulan selepas pemandu bas selesai mendapatkan rawatan.

“Pada masa ini, pemandu terbabit mengalami kecederaan akibat kemalangan,” katanya kepada media hari ini.

Zaiham berkata, dalam kejadian sekitar jam 10.35 pagi itu bas persiaran yang membawa 18 penumpang warga asing dan tiga warga tempatan terdiri daripada pemandu bas, pembantunya dan pemandu pelancong, terbabas sebelum melanggar tembok tengah pembahagi jalan di Km 16.5, jalan turun Genting Highlands, Bentong menuju ke ibu negara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari bas manakala dua lagi penumpang lelaki yang juga pelancong warga China yang dikenali sebagai Zhang Ping, 58, dan Wang Shuhong, 49, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

13 mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala enam lagi menerima rawatan di Hospital Bentong.

Sehubungan kejadian ini polis meminta saksi kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply