Sinar Harian melaporkan, seorang penunggang motosikal putus tangan kiri apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 348.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Tapah, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Jasim, 37, warga Bangladesh parah dan dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pembonceng yang juga rakan senegara mangsa berusia 37 tahun juga parah apabila patah kedua-dua belah tangan. Kata beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang bekerja dalam sektor pembinaan menaiki motosikal jenis Honda 110KD dalam perjalanan dari Slim River menuju ke Ipoh.
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu melanggar penghadang besi. Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital tersebut untuk menerima rawatan.
Motosikal terbabit ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom dan majikan mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Tambah Wan Azharuddin lagi, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
KOMEN TERKINI