ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan ngeri melibatkan trak tentera – 3 maut termasuk seorang anggota polis

Berita Tempatan

Views

Seorang anggota polis berpangkat koperal antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di simpang Marabahai Spurs, Jalan Berungis-Tenghilan pagi tadi. Menurut Sinar Harian, dalam kejadian itu, Koperal Shamsully Adly difahamkan baharu selesai menjalankan tugas di Balai Polis Kota Belud dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di perumahan Bolong dengan memandu Perodua Kancil.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan maut itu pada jam 8.01 pagi. Katanya, siasatan awal mendapati, sebuah trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipandu anggota ATM berusia 24 tahun dipercayai dalam perjalanan dari arah Tamparuli menuju ke Tenghilan.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Tambahnya, ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggang seorang lelaki berusia 25 tahun bersama pembonceng lelaki berusia 35 tahun tiba-tiba keluar dari arah simpang Jalan Marabahai Spur iaitu di hadapan sebelah kiri trak ATM.

Mohd Hamizi berkata, akibat kejadian itu pemandu trak ATM tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal terbabit sehingga terseret ke lorong laluan arah bertentangan. Penunggang bersama pembonceng motosikal turut terseret ke lorong laluan susur sehingga mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Pada masa yang sama, trak ATM terbabit telah bertembung dengan sebuah Perodua Kancil yang datang dari arah Tenghilan berada di susur jalan bertentangan sehingga mengheret kenderaan itu hingga ke atas pembahagi jalan.

Tambah Mohd Hamizi, pemandu lelaki berusia 45 tahun terperangkap di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Penunggang dan pembonceng motosikal yang maut dikenali sebagai Jul Amri Shamsudin, 25, dan sepupunya, IL Yasa Samsudin, 35. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply