ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan pelik – Motosikal terpelanting dan tergantung pada kabel elektrik

Berita Tempatan

Views

Macam-macam. Sesungguhnya karya seniman agung P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok telah melangkaui zaman. Satu kejadian kemalangan aneh lagi pelik telah berlaku baru-baru ini di wilayah Kap Choeng di Surin, Thailand yang menyebabkan sebuah motosikal tergantung di atas kabel elektrik pada ketinggian hampir 10 meter.

Menurut Bangkok Post, kemalangan ini turut mengakibatkan beberapa yang lain turut mengalami kecederaan. Impaknya juga mengakibatkan motosikal Honda tersebut terpelanting dan tersangkut pada kabel bervoltan tinggi. Saksi mengatakan motosikal tersebut sebenarnya sedang diangkut oleh sebuah trak pikap Isuzu.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Trak pikap tersebut telah terbabas dan terbalik kerana mengelak sebuah motosikal yang ditunggang secara melawan arus. Ini sekaligus menyebabkan motosikal yang menumpang trak pikap tersebut terpelanting ke udara dan tersangkut pada kabel elektrik.

Sejujurnya semasa penulis menaip artikel ini, memang tergelak berdekah-dekah depan laptop. Teringat dialog dalam filem tu, “Kait motor ye bang?”. Rupanya ada sungguh dalam dunia sebenar, siap pakai kren lagi, hahaha.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply