ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen e-Mas dan Rebat Pulangan Tunai RFID tawar ganjaran emas digital dan rebat tunai

Berita Tempatan

Views

Touch ‘n Go memperkenalkan dua kempen baharu yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan harian rakyat Malaysia, dengan menyediakan pulangan tunai, rebat, dan juga emas digital kepada pengguna.

Kempen e-Mas dan Rebat Pulangan Tunai RFID Touch ‘n Go membukitikan komitmen mereka dalam menggabungkan kemudahan dengan nilai tambah untuk pengguna, menjadikan pembayaran tol dan transaksi harian lebih lancar dan penuh ganjaran.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Mulai 1 Oktober 2024 sehingga 31 Januari 2025, Kempen e-Mas menawarkan pengguna Touch ‘n Go eWallet peluang menarik untuk mendapatkan e-Mas, iaitu emas digital yang dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.

Setiap pembelian tag RFID dalah tempoh ini secata langsung melayakkan pengguna untuk menyertai cabutan bulanan di mana 100 pemenang akan menerima pulangan tunai e-Mas sebanyak RM100.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Touch ‘n Go Rebat Pulangan Tunai RFID pula menawarkan rebat RM5 serta-merta bagi setiap pembelian RFID di Pusat Pemasangan atau Servis sah di seluruh negara pada 1 November 2024 hingga 31 Januari 2025.

Rebat ini mengurangkan harga tag RFID daripada RM35 kepada RM30 bagi 27,500 pelanggan pertama yang layak dengan melakukan pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet.

Kempen terbaru ini membuktikan komitmen Touch ‘n Go bagi meningkatkan pengalaman pengguna melalui inovasi digital.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply