Proton melancarkan Kempen Proton Vaganza Akhir Tahun, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan dan kepercayaan pembeli kereta di Malaysia, bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2024.
Kempen ini bukan sahaja menawarkan promosi dan rebat istimewa, malah turut menawarkan sebuah Proton S70 sebagai ganjaran kepada seorang pelanggan bertuah setiap bulan yang merupakan sebahagian daripada pakej hadiah keseluruhan bernilai RM254,000.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, menjelang akhir tahun, Proton ingin mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh para pelanggan mereka dalam memastikan kejayaan berterusan syarikat.
Proton juga ingin mengucapkan terima kasih melalui pelaksanaan kempen ini dengan rebat istimewa untuk semua model keluarannya dan sebuah Proton S70 sebagai ganjaran yang akan diberikan pada setiap bulan.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Sempena kempen Proton Vaganza, pelanggan dijemput untuk berkunjung ke melawat mana-mana cawangan pengedar dari Oktober hingga Disember dan memandu uji mana-mana model Proton.
Pelanggan yang memandu uji model Proton dan menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM2,500.
Pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftar sebuah kenderaan Proton baharu pada bulan tersebut secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan dengan hadiah utama sebuah Proton S70.
Selain itu, pelanggan yang mendapat ‘likes‘ terbanyak untuk hantaran media sosial mereka mengenai sesi pandu uji akan memenangi hadiah wang tunai tambahan sehingga RM1,500.
Selain hadiah yang ditawarkan untuk pandu uji dan pembelian Proton baharu, kempen ini juga menawarkan rebat sehingga RM7,000 untuk model terpilih, termasuklah Proton X50 2024 dan Proton X70 2025.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Bukan itu sahaja, beberapa model boleh dibeli dengan pakej nilai tambah seperti servis percuma selama dua tahun, sekali gus memberikan penjimatan jangka panjang dan ketenangan fikiran.
Berikut adalah butiran insentif rebat untuk Kempen Proton Vaganza Akhir Tahun (mengikut terma & syarat):
MODEL KERETA | REBAT |
Proton Saga Proton Persona Proton Iriz | Rebat tunai sehingga RM500 |
Proton S70 | Rebat tunai sehingga RM3,000 ditambah aksesori bernilai RM3,130 |
Proton X50 | Rebat tunai sehingga RM7,000 |
Proton X70 | Rebat tunai sehingga RM7,000 |
Proton X90 | Rebat tunai sehingga RM3,000 & servis percuma selama 2 tahun |
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI