Zeekr Malaysia secara rasmi mengumumkan permulaan operasinya dan kini menerima tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak bandar elektrik sepenuhnya Zeekr X dan kenderaan pelbagai guna (MPV) ultra mewah serba elektrik Zeekr 009.
Harga indikatif Zeekr X ialah RM180,000 dan ke bawah, manakala harga indikatif Zeekr 009 ialah RM370,000 dan ke bawah. Yuran tempahan bagi setiap model masing-masing ditetapkan pada RM2,000 dan RM4,000.
Zeekr diwakili di Malaysia oleh Sentinel Automotive Sdn Bhd, yang merupakan pengedar dan pembekal jualan, perkhidmatan selepas jualan serta alat ganti.
Direka dan direka bentuk untuk pasaran global, Zeekr X yang sangat anggun dan bergaya ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu Premium dan Flagship AWD.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Flagship AWD ialah varian mercu Zeekr X dan menggunakan motor berkembar yang menghasilkan 422 kuasa kuda, menjadikannya salah satu SUV elektrik paling berkuasa dan terpantas dalam segmen dan julat harganya untuk memberikan masa pecutan 0-100km/j dalam masa hanya 3.8 saat.
Varian Premium pula, dikuasakan oleh motor belakang tunggal (pacuan roda belakang) yang memperkasakan kenderaan itu dengan 268 kuasa kuda dan masa pecutan 0-100km/j selama 5.6 saat.
Zeekr X dilengkapi dengan bateri 66kWj dan dilengkapi dengan pengecasan DC 150kW yang mampu mengecas kenderaan daripada 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa 30 minit.
Kedua-dua varian Zeekr X ditawarkan dalam lima warna luaran iaitu Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green dengan pilihan kemasan warna dalaman Charcoal Black dan Stone Grey untuk semua warna luaran.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Zeekr 009 pula akan menjadi MPV paling berkuasa di pasaran dengan didorong oleh Dwi Motor Berprestasi Tinggi (pacuan semua roda) yang menghamburkan 603 kuasa kuda dan 693 Nm daya kilas yang mampu memacunya daripada 0-100km/j dalam masa hanya 4.5 saat.
Zeekr 009 boleh didapati dalam dua varian iaitu Luxury dengan tujuh-tempat duduk dan Ultra Luxury dengan konfigurasi enam-tempat duduk.
Ia juga dilengkapi dengan bateri 116kWj dengan jarak pemanduan sejauh 582 kilometer, dan pengecasan DC 150kW yang mampu mencapai 10 peratus hingga 80 peratus pengecasan dalam masa 30 minit sahaja.
Kedua-dua varian Zeekr 009 ditawarkan dengan pilihan warna luaran Phantom Black, Electric Blue dan Crystal White Pearl, serta kemasan kulit Nappa dengan tiga pilihan rona warna iaitu Black, Stone Grey & Polar White, dan Midnight Blue & Polar White. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Zeekr X
Zeekr 009
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI