ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan Dwi-Mod, boleh jadi bas dan kereta api diperkenalkan di Jepun

Berita Global

Views

Jepun baru-baru ini mendedahkan Kenderaan Dwi-Mod (DMV) pertama di dunia, yang boleh bergerak jalan raya seperti bas dan di atas landasan seperti kereta api, lapor laman berita Oddity Central.

Menurut K!ONLINE, kenderaan unik itu diperkenalkan bulan lalu di bandar Kaiyo, wilayah Tokushima.

Bas mini itu amat praktikal kerana boleh bergerak dengan menggunakan tayar getah biasa apabila di atas jalan raya dan apabila perlu berubah kepada mod kereta api, sepasang roda logam pula akan dijatuhkan dari perut kenderaan itu.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Malah, pertukaran mod bagi kenderaan itu juga hanya mengambil masa selama 15 saat. DMV ini boleh digunakan oleh penduduk tempatan sebagai bas dan juga kereta api.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Asa Coast Railway, Shigeki Miura berkata, bagi kawasan luar bandar di mana penduduknya semakin tua, kami menjangkakan ia merupakan satu bentuk pengangkutan awam yang sangat baik.

Kenderaan dwi-mod yang didatangkan dalam pelbagai warna itu bergerak dengan kuasa diesel dan boleh membawa sehingga 21 penumpang pada satu-satu masa.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Ia bergerak pada kelajuan 60 kilometer per jam (km/j) dalam mod kereta api dan sehingga 100 km/j dalam mod bas.

Shigeki berkata, dia yakin kenderaan unik itu dapat membantu bandar kecil seperti Kaiyo dengan populasi yang semakin tua dan semakin berkurangan di mana syarikat pengangkutan konvensional bergelut untuk menjana pendapatan.

Kenderaan itu bakal meliputi sebahagian daripada pantai pulau Shikoku, menghubungkan beberapa bandar dan menawarkan penumpang dengan pemandangan tepi laut yang menakjubkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply