ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan tentera Cendana Auto 100 peratus buatan tempatan

Berita Tempatan

Views

Jika dilihat pada luaran dan dalaman kenderaan ketenteraan milik Cendana Auto Sdn Bhd (Cendana Auto) yang gagah dan berkualiti, pasti ramai menyangka ia buatan antarabangsa.

Namun, kesemua empat varian kenderaan dipamerkan syarikat itu pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan (NASTEC) Asia 2022 baru-baru ini, adalah ciptaan dan hasil tangan sepenuhnya rakyat Malaysia.

Menurut Harian Metro, lebih membanggakan, kenderaan ketenteraan itu menggunakan kepakaran bakat muda lulusan pusat kemahiran tempatan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran MARA (IKM).

Pengarah Cendana Auto, Abdul Rauf Nassiruddin berkata langkah ini bagi membuktikan bahawa ciptaan anak muda tempatan setanding dengan produk antarabangsa yang lain.

Katanya, bermula dari mereka bentuk, pembuatan dan pemasangan, semuanya dilakukan di kilang mereka di Semenyih, Selangor. Ia 100 peratus buatan tempatan.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Di samping itu, pihaknya memberi peluang kepada anak muda untuk melakukan inovasi sekali gus mampu membuktikan graduan IKBN dan IKM ini berkemampuan tinggi menghasilkan produk yang terbaik sebaris syarikat negara luar.

Abdul Rauf berkata empat varian kenderaan tentera dibina syarikatnya itu ialah jenis Fitted For Radio (FFR), Armed Tactical Ground Vehicle atau Kenderaan Pembawa Senjata (ARTAC), Ground Tactical Mortar Transporter atau Kenderaan Pembawa Mortar (MT-8150) dan Special Operation Vehicle atau Kenderaan Operasi Khas (SF-21X).

Kesemua kenderaan ini telah menerima tempahan dari Tentera Darat Malaysia (TD), bagi varian FFR sebanyak 70 unit dengan 40 unit bagi kegunaan semboyan dan 30 lagi untuk kegunaan anggota tentera kita yang berkhidmat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Selain itu, bagi varian Kenderaan Pembawa Mortar MT-8150 sebanyak 48 unit akan dibekalkan, dari jumlah itu, 24 telah diserahkan kepada TD, manakala selebihnya masih dalam proses pembinaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Beliau berkata kenderaan MT-8150 ini mampu membawa 70 butir peluru mortar jenis 81mm dan enam anggota bagi menjayakan sesebuah misi.

Abdul Rauf berkata ARTAC mampu membawa beberapa jenis senjata termasuk Automatic Grenade Launcher atau Pelancar Bom Tangan Automatik (AGL), Heavy Machine Gun atau Mesingan Berat 12.7mm serta Anti-Tank Guided Missile atau Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal (ATGM) daripada jenis ‘Metis-M‘.

Sebanyak 49 unit akan dihantar secara berperingkat kepada TD selepas ia melalui pelbagai proses ujian kemampuan bagi memastikan setiap yang dibina mengikut spesifikasi ditetapkan.

Sementara kenderaan SF-21X katanya, dibina khas adalah untuk kegunaan anggota Grup Gerak Khas (GGK) bagi melaksanakan operasi.

Kenderaan SF-21X ini dilengkapi pelindung letupan di bahagian enjin dan tangki minyak, pelancar Bom Tangan Automatik, dan mesingan tempur. Selain itu, SF-21X ini boleh membawa enam anggota dan mampu menangkis letupan periuk api.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply