ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga lagi marshal serah diri ke IPD Port Dickson

Berita Tempatan

Views

Tiga lagi marshal motosikal berkuasa tinggi yang tular video aksi membuat kawalan dan memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Sua Betong di Port Dickson, menyerah diri petang semalam.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tiga lelaki berkenaan hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk serah diri pada 3.40 petang.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu lori masing-masing berusia 27, 30, dan 48 tahun ditahan sejurus menyerah kepada pihak polis.

Katanya, turut dirampas adalah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki GTR 1400, Harley Davidson dan Yamaha Tracer 900 GT, sehelai vest hijau serta beberap barangan yang diguna oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Dengan penahanan mereka itu, menjadikan keseluruhan lima orang ditahan selepas dua rakan mereka ditahan pada awal pagi semalam. Dua rakan mereka itu ditahan di rumah masing-masing di kawasan sekitar Port Dickson dan Bandar Springhill.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan satu rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

Ia bagi memberi laluan buat sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi. Konvoi motosikal berkuasa tinggi itu dikatakan dari Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Port Dickson

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply