ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta nasional ketiga – Dua syarikat disenarai pendek

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan Kementerian Pembangunan Usahawan kini pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama membangunkan kereta nasional ketiga. Menterinya, Datuk Seri Redzuan Md Yusof, berkata keputusan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan tahun ini.

Dua syarikat berpotensi untuk bekerjasama membangunkan projek tersebut, namun besar kemungkinan hanya satu syarikat sahaja yang akan dipilih. Menurut Redzuan, kereta nasional adalah rangsangan untuk membangunkan keusahawan dalam bidang automotif dan kejuruteraan, khususnya untuk golongan muda.

Katanya lagi, kemajuan teknologi hari ini membolehkan pembinaan sebuah kereta tanpa memerlukan kos yang tinggi. Beliau berkata demikian sidang media, selepas merasmikan Majlis Apresasi Kementerian Pembangunan Usahawan semalam.

JOM BACA >> Pelancaran Proton Iriz dan Persona facelift mungkin ditunda ke bulan depan?

Mengenai kereta terbang pula, beliau tidak ambil kisah mengenai komen sindiran dari Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman, yang mencadangkan kereta tersebut diperbuat daripada buluh. Ini kerana bidang aeroangkasa merangkumi pelbagai cabang termasuk dron dan kereta terbang yang tidak mustahil untuk direalisasikan.

Di China kereta terbang ini digunakan untuk menghantar barang dengan penggunaan teknologi tinggi. Sekiranya mereka tidak faham, kementeriannya boleh memberi pendidikan dan pengetahuan supaya mereka lebih cerdik.

Agak-agak syarikat apa yang disenarai pendek tu ye? Petunjuk yang diberi setakat ini cuma ‘dasar pandang ke Timur’, mungkin syarikat Jepun, boleh jadi juga syarikat dari China, syarikat Korea pun mungkin juga kan? Tunggu je la pengumumannya nanti.

JOM BACA >> Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply