ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta Nasional Ketiga – Kerajaan tidak akan selamatkan DreamEDGE jika projek ini gagal

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Ignatius Dorell Leiking berkata kerajaan tidak akan menyelamatkan DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat utama yang membangunkan projek kereta nasional ketiga, sekiranya Projek Kereta Nasional Ketiga gagal.

Katanya projek itu adalah inisiatif swasta, bukan oleh kerajaan. Tambahnya, kerajaan hanya menyokong ekosistem dan ini adalah satu usaha yang baik yang boleh berjaya. Jadi sekiranya gagal, ia adalah kegagalan pengurusan dan kegagalan produk.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Namun dalam hal ini, produk adalah jelas dan mereka dapat bekerjasama dengan teknologi Jepun (Daihatsu) dan yakin dengannya. Darell juga berkata DreamEDGE telah memberikan jaminan bahawa ia tidak akan meminta pembiayaan daripada kerajaan dan inilah sebab mengapa kerajaan menyokong projek itu.

Sekiranya mereka meminta wang, kerajaan tidak akan menyokongnya. Apabila ditanya mengapa ia dinamakan projek kereta nasional sedangkan ia adalah inisiatif swasta, Darell menjelaskan bahawa di bawah cadangan Dasar Automotif Nasional baharu.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Kereta nasional kini ditakrifkan sebagai kereta yang dibina di Malaysia oleh syarikat Malaysia yang menggunakan 90 peratus atau lebih tenaga kerja tempatan. Kerajaan membangunkan negara sedikit demi sedikit dan sedang berusaha memastikan rakyat mendapat manfaat daripada inisiatif swasta itu, peluang pekerjaan diwujudkan dan teknologi baharu dibangunkan.

Kata Darell lagi, kerajaan tidak akan memberikan dengan mudah insentif seperti insentif cukai, melainkan syarikat-syarikat layak mendapatnya, sama ada ia milik tempatan atau antarabangsa di bawah bawah pengawasan mereka.

* Kami difahamkan DreamEDGE akan mempertontonkan rekaan konsep awal model pertama mereka hujung bulan ini, nantikan perkembangan selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply