ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek Kereta Nasional Ketiga diterajui DreamEDGE – Model pertama tahun 2021

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, rakyat Malaysia akan mendapat satu lagi jenama kereta nasional dengan pengumuman rasmi Projek Kereta Nasional Ketiga yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Ignatius Dorell Leiking dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Bukan Elenvi Otomotif dan Alam Perkasa Consortium (APC), seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, tetapi DreamEDGE telah dipilih untuk merealisasikan projek yang akan menggunakan 100 peratus pembiayaan dari pihak swasta.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Info ringkas mengenai Projek Kereta Nasional Ketiga:

  • Model pertamanya, sebuah sedan segmen-C mampu milik bakal dilancarkan pada bulan Mac 2021.
  • Prototaip pertama dijangka siap pada bulan Mac 2020.
  • Bakal mendapat sokongan kepakaran teknologi termaju dari Daihatsu.
  • Ia akan dibangunkan sepenuhnya di Malaysia dengan memaksimakan penggunaan komponen tempatan dan penggunaan teknologi dan ekosistem yang canggih.
  • Bakal menggunakan enjin hibrid, BEV dan FCV.
  • Kenderaan yang dihasilkan adalah jenis cekap tenaga (EEV).

Dengan pengumuman ini, maka terjawablah sudah siapa yang bakal mengemudi Projek Kereta Nasional Ketiga. Agak mengejutkan juga kerana Daihatsu bakal menjadi rakan teknikal memandangkan syarikat tersebut turut menjadi rakan teknikal kepada Perodua.

Adakah model sedan yang dimaksudkan itu nanti bakal dibangunkan dari model Daihatsu DN-F Sedan Concept pada tahun 2017? Kita sama-sama nantikan perkembangan selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Madani Sahari

Daihatsu DN-F Sedan Concept 2017

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply