ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta perisai Gempita ATM, tiga kereta kemalangan

Berita Tempatan

Views

Tiga kereta dan sebuah kereta perisai Gempita milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit kemalangan di Kilometer 36.4 Jalan Seremban-Tampin pada 10.50 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, bagaimanapun kemalangan itu tidak membabitkan kehilangan jiwa.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, selain kereta perisai Gempita milik ATM kemalangan itu membabitkan kereta Proton Saga, Proton Saga FLX dan Perodua Axia.

Siasatan awal kejadian mendapati pemandu kereta Perodua Axia dipandu wanita 29 tahun hilang kawalan lalu melanggar belakang kereta Proton Saga dipandu wanita berusia 48 yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Jabatan Kerja Raya Melaka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sejurus selepas itu datang sebuah kereta Proton Saga FLX dipandu lelaki berusia 45 tahun melanggar belakang kereta Proton Saga menyebabkan masuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh kereta perisai Gempita.

Berikutan itu Shaik Abd Kadar berkata, pemandu Perodua Axia dan penumpangnya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pemandu dua lagi kereta termasuk pemandu Gempita tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Rule 10 LN166/59.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Kemalangan & Bencana Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply