ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM TANK 300 terima 150 tempahan

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah berjaya menerima sebanyak 150 tempahan pra-pelancaran bagi model terbaharunya, iaitu GWM TANK 300.

GWM TANK 300 tampil dengan reka bentuknya yang lasak, ciri-ciri canggih, dan prestasinya yang diyakini. Ini adalah selari dengan kehendak mana-mana pelanggan yang mengutamakan kualiti pengembaraan, ketahanan, dan kepelbagaian untuk kenderaan mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, 300 pelanggan pertama GWM TANK 300 akan menerima pakej istimewa daripada GWM, yang merangkumi:

  • Pakej servis percuma selama 5 Tahun / 100,000 km, termasuk alat ganti dan upah, mana-mana yang terdahulu.
  • Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi dengan jarak perjalanan tanpa had.
  • Hadiah misteri untuk 300 pemilik pertama yang akan diumumkan semasa pelancaran rasminya nanti.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebagai sebuah jenama SUV ‘off-road‘ nombor 1 di China, GWM TANK telah berjaya mendominasi lebih daripada 50 peratus pasaran SUV ‘off-road‘ di China.

GWM TANK 300 turut memegang takhta sebagai juara SUV selama 40 bulan berturut-turut, dan telah mencapai jumlah jualan lebih daripada 400,000 unit di peringkat global.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui Anqi berkata pihaknya amat gembira dan berbesar hati mengetahui rakyat Malaysia telah lama menantikan ketibaan GWM TANK 300.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply