ARKIB

KATEGORI

Tular

Kes niaya, pelanggan tak sedar terbeli Yaris pernah tenggelam banjir

Tular

Views
@taukeycuciLepas dah bukak kereta baru sedar kereta banjir!♬ original sound – Taukeycuci

Seorang pelanggan tidak sedar sudah terbeli kereta banjir dan hanya mengetahui setelah kereta itu diperiksa oleh seorang tukang cuci kereta.

KOSMO! ONLINE melaporkan, menerusi perkongsian di laman TikTok taukeycuci memaparkan seorang pelanggannya datang ke kedai untuk mencuci kereta.

Namun setelah diperiksa dan dibuka aksesori kereta itu, difahamkan kereta tersebut adalah kereta yang pernah tenggelam banjir malah pelanggan itu juga dipercayai tidak sedar terbeli kereta banjir.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Video berdurasi 56 saat itu juga menunjukkan besi di bawah tempat duduk kereta tersebut sudah berkarat akibat ditenggelami banjir.

Rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kereta tersebut dan diharap pembeli lain lebih berhati-hati unutk membeli kereta terpakai.

“Kasihannya dekat pembeli itu, kereta pun lawa lagi, harap-harap tiada masalah apa-apa dekat enjin kereta dia,” tulis Aishah@echot.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

“Memang banyak sekarang kereta terpakai yang terkena banjir di jual di pasaran terpakai, hati-hati,” kata pnnyawi.

Sementara itu, M4L4y514N P4r4N0rM4L 4ct1v1ty memberitahu cara paling mudah untuk mengetahui kereta itu adalah kereta banjir ialah di tali pinggang kereta tersebut.

“Boleh juga periksa di tali pinggang, tarik sampai habis tali pinggang, boleh kesan corak-corak air masih melekat di situ,” ujarnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply