ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tunggang motosikal curi, pelajar sekolah antara yang ditahan

Berita Tempatan

Views

Tindakan tiga remaja yang menunggang motosikal dalam aksi yang mencurigakan dan tidak mengikut lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Balik Pulau, akhirnya mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, ketiga-tiga remaja berusia 13,16 dan 17 tahun itu dipercayai menunggang dua buah motosikal dari Batu Gajah, Perak untuk pulang ke rumah masing-masing di Balik Pulau.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil siasatan mendapati remaja berusia 17 tahun bukan sahaja menunggang motosikal curi malah bertindak membonceng seorang lagi rakannya berusia 13 tahun.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ujarnya, motosikal yang digunakan suspek berusia 17 tahun itu didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tiada lesen.

Semakan rekod mendapati motosikal ini telah dilaporkan hilang di Teluk Kumbar pada Julai tahun ini,. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, hari ini.

Menurut Fisol, dua remaja berusia 13 dan 17 tahun itu didapati masih bersekolah manakala remaja berusia 16 tahun tidak lagi bersekolah.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Tambahnya, remaja berusia 16 tahun ini memiliki lesen dan motosikal yang digunakan telah didaftarkan atas namanya sendiri.

Polis mengeluarkan empat saman ke atas motosikal tersebut atas beberapa kesalahan termasuk mengubahsuai motosikal tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

Tambahnya, ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek didapati negatif dadah dan polis menyita kedua-dua motosikal tersebut untuk siasatan lanjut.

Permohonan reman ke atas suspek berusia 17 tahun dibenarkan mahkamah selama empat hari manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply