ARKIB

KATEGORI

Tular

Toyota Vios 2023 dipanggil balik untuk ‘ketatkan semula nat penyerap hentak hadapan’, Veloz turut terlibat

Tular

Views

Satu hantaran telah dimuatnaik oleh ‘pemilik akaun Facebook yang enggan dikenali’ menerusi group Toyota Vios 3rd & 4th Gen Community (Malaysia) pada 26 Januari lalu mempaparkan surat yang mendakwa kereta Vios miliknya terlibat dalam Kempen Servis Khas.

Dia turut bertanya kepada ahli group yang sekiranya mereka turut menerima surat yang sama. Di ruangan komen, ada beberapa individu turut menerima surat yang sama dan mereka merupakan pemilik kepada model Vios generasi keempat (2023).

Surat tersebut memaklumkan pihak Toyota Malaysia kini sedang menjalankan Kempen Servis Khas untuk pemilik kenderaan terlibat bagi memastikan ia kekal berada dalam keadaan yang terbaik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tujuan kempen berkenaan adalah bagi ‘mengetatkan semula nat pada bahagian atas penyerap hentak hadapan‘ disebabkan oleh arahan pemasangan yang tidak betul (tidak diketatkan dengan kadar kilasan yang secukupnya).

Sekiranya kenderaan tersebut terus beroperasi dalam keadaan sedemikian, nat tersebut akan longgar serta mengeluarkan ‘bunyi pelik’ dan mungkin tercabut hingga menyebabkan kenderaan hilang kestabilan.

Oleh yang demikian, pihak Toyota Malaysia sedang menjalankan Kempen Servis Khas ini bagi menyelesaikan masalah tersebut. Proses pengetatan semula standard akan mengambil masa kira-kira 0.5 jam dan kos pembaikan akan ditanggung oleh Toyota Malaysia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemilik yang terlibat juga disyorkan untuk menghubungi Pusat Servis Toyota berhampiran untuk menjadualkan janji temu secepat mungkin untuk melakukan pembaikan.

Jika ada sebarang pertanyaan, pemilik boleh terus menghubungi hotline Toyota Freephone di 1-800-8-TOYOTA (1-800-8-869682) atau terus ke Pusat Servis Toyota berdekatan.

Waktu pejabat adalah dari jam 8:00 pagi hingga 5:30 petang, hari Isnin hingga Jumaat (kecuali pada Cuti Umum). Bagi negeri Kelantan dan Terengganu pula, waktu pejabat adalah dari 8:00 pagi hingga 5:30 petang,
Ahad hingga Khamis.

Menurut rakan media di Paultan.org, kempen ini tidak hanya untuk model Vios, malah ia turut melibatkan model MPV, Veloz. Pihak Toyota Malaysia dalam masa yang sama turut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anonymous participant

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply