ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kesatuan Pekerja KTMB harap Anthony Loke kembali dilantik sebagai Menteri Pengangkutan

Berita Tempatan

Views

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk melantik Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan Perpaduan.

Berita Harian melaporkan, presiden kesatuan itu Abdul Razak Md Hassan dalam kenyataan hari ini berkata sokongan terhadap Loke itu berdasarkan rekod prestasi beliau yang pernah memegang jawatan itu sebelum ini dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Katanya, pihak kesatuan turut percaya, sekiranya pelantikan Menteri Pengangkutan ini dibuat kepada YB (Yang Berhormat) Anthony Loke, maka pengangkutan awam, khususnya akan menerima limpah kebaikan yang terutamanya membantu bagi peningkatan taraf pengangkutan awam yang lebih efisien.

Semalam, Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Sementara itu, Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Abdull Rahim Saad dalam kenyataan berasingan berharap kepimpinan Anwar dapat beri fokus bagi membawa usahawan daripada golongan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) ke tahap yang lebih tinggi lagi serta ke persada dunia.

Menurut Abdull Rahim, Perdasama akan terus mengorak langkah menjalankan aktiviti ke seluruh dunia dalam membantu ahli mereka khususnya Bumiputera antaranya dengan menjalin hubungan perniagaan dan menganjurkan ekspo di Turkiye, selain menjalankan aktiviti mereka di China, Singapura, Indonesia, Perancis, Brunei dan United Kingdom.

Ujar beliau, sekali lagi mereka warga Perdasama mendoakan kerajaan baharu bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dapat mengekalkan dan membangunkan lagi kemampanan ekonomi negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply